Wednesday 12 October 2016

Hasil Tuaian Yang Ke-3



Kolej 12 :  Hasil tuaian yg ke-3. Alhamdulillah hasil tanaman makin bertambah dan makin banyak hasilnya. Hampir kesemua tanaman telah menghasilkan tuaian buat kali yang ke-3 dan tanaman masih sihat. Tidak rugi kita berbudi pada tanah kerana hasilnya amat berguna dan bermanfaat kepada kita. Kami masih memastikan tanaman akan sentiasa segar dan dibaja. Sekiranya tanaman tidak lagi segar atau membuahkan hasil, kami akan menyemaian tanaman yang baharu seperti kentang, lobak merah, bawang merah, bawang putih dan sebagainya. Bukan bermaksud tidak menghargai tanaman yang terdahulu, cuma ingin pelbagaikan lagi tanaman dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan terhadap tanaman-tanaman yang selama ini difikirkan hanya boleh didapati dipasar-pasar atau di supermarket. Banyak yang perlu diperlajari lagi dan ini adalah diantaranya. Tidak lupa juga kepada pembeli-pembeli yang sudi membeli hasil dari tuaian tanaman projek bandaran kolej 12. Sekian dahulu. Terima kasih.

Tuesday 27 September 2016

Tuaian Pertama Projek Pertanian Bandaran


Kolej 12 : Sebelum ini kami menunjukkan hasil anak benih yang baru tumbuh, hari ini kami berkongsi hasil tuaian yang pertama daripada beberapa tanaman kami. Diantaranya ialah Bendi, Cili, Limau kasturi, Kacang panjang, Sawi, Bayam Merah, Bayam Hijau, Kailan, Kangkung, Kucai dan Daun selom. Hasil daripada tuaian pertama kami kumpul untuk jualan samada kepada pelajar, staff atau peniaga-peniaga disekitar kawasan kolej.

















Wednesday 8 June 2016

Anak benih telah tumbuh



Kolej 12 : Anak benih yang ditanam telah mula menunjukkan hasil. Penggunaan baja organik dan tanah organik banyak membantu memepercepatkan tanaman tumbuh lebih sihat. Sistem Putra UA Kit Fertigasi banyak membantu untuk tanaman yang sentiasa memerlukan siraman air yang kerap. Sistem ini juga banyak membantu kami untuk menyiram pokok terutamanya pada waktu cuti ataupun cuti umum.





Anak benih bendi

Anak pokok terung

Pokok pudina

Bayam hijau & merah


Pokok limau kasturi

Monday 6 June 2016

Semaian Biji Benih



Anak benih yang berusia  3 hari


Anak benih yang berusia 6 hari


Petak-petak tamanan telah disediakan bagi pokok bendi, pokok terung dan daun pudina. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dipindahkan.



Sunday 5 June 2016

Proses-Proses Penanaman


Untuk proses permulaan, cocopeat dimasukkan ke dalam polibeg dan siram selama satu minggu sebelum anak benih dipindahkan ke dalam polibeg.




Wednesday 1 June 2016

Tanaman di Kebun Bandar Kolej Dua Belas

Menanam tanaman sendiri merupakan langkah yang bijak untuk mendapatkan hasil yang segar dan menjimatkan kos dapur. Kolej Dua Belas telah mengusahakan kebun bandar yang terdapat pelbagai jenis tanaman seperti gambar-gambar di bawah. Terdapat benih yang diperoleh melalui perkongsian dengan ahli Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (KBJTS)
Pokok jenis memanjat
daun sirih
Pokok serai
Pokok limau kasturi
Tanaman di dalam pasu
Pokok cili
Pokok kangkung
Pokok kunyit, lempoyong dan inai



Memulakan Projek Berkebun

Berkebun merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi sebelum memulakan projek berkebun, kita perlulah menyediakan perancangan dan persiapan. Berikut merupakan antara perkara yang perlu diambilkira sebelum memulakan projek berkebun.
  1. Lokasi kebun
  2. Tabiat/kebiasaan individu
  3. Tanaman yang hendak diusahakan
  4. Tempoh menanam
  5. Khasiat tanaman
Untuk program Pertandingan Pertanian Bandaran Kolej Kediaman, Kolej Dua Belas telah menggunakan ruangan balkoni yang terbiar sebagai lokasi kebun bandar. Kebun ini diusahakan oleh staf-staf Kolej Dua Belas sendiri. Tanaman yang diusahakan adalah daripada jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan, kebanyakannya merupakan tanaman tahunan.

Kerja-kerja penyediaan anak benih dan tapak semaian telah dimulakan mulai 23 Mei 2016 yang lepas. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang kerja-kerja berlangsung:

Bata disusun untuk dijadikan tempat menanam
Penyediaan media menggunakan cocopeat
Penggunaan biochar sebagai 'soil amendment'
Anak benih yang telah tumbuh selepas 6 hari

Rujukan
  1. Kebun Bandar

Comments system

Disqus Shortname

Admin12